Tuesday 3 December 2013

8's ♥



Assalamualaikum , holla ♥
Yang pertama tidak semestinya yang terakhir . Ia terbukti . 8's ♥ 3 Mac 2011/2012 . Siapa sangka hubungan persahabatan kami terjalin tanpa kami sedari . Saat aku & Izzannie kecewa dengan persahabatan kami yang pertama , mereka hadir memberi semangat . Pada saat itu , perasaan kasih sayang utk mereka wujud sekaligus membuat aku menyedari bahawa mereka menjadi sahabat aku dalam diam . kami menjalinkan hubungan pada saat kami kesusahan . Bak kata orang yang kuat berfalsafah ' Saat yang terbaik menjalinkan hubungan persahabatan adalah saat kita memerlukan ' .
Cara kami kenal ? haha sangat simple & kelakar . Kenal tanpa sengaja . Siapa sangka hanya menanyakan ' siapa nama ? ' ' hobi apa ?' . Itulah takdir Allah :) Di ambil mereka & menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik . Alhamdulillah :)
Hubungan kami terjalin hanya dengan berkongsi cerita & masalah . Siapa sangka , orang yang baru kenal tetibe berkongsi masalah . Itu maknanya dia percayakan kita kan ? See , benda pertama yang buat hubungan ini terjalin adalah kepercayaan . Hm , yang kedua apa yee ? Okay aku ingat . Kami cuba mengajak mereka diantara kami buat sesuatu kebaikan & berubah kearah kebaikan . Sorry , aku bukan nak cakap aku ni baik ke apa or nak cakap sahabat aku ni jahat ke apa . Tak . Itu bukan niat aku . Tetapi , untuk mencari restu Allah untuk memulakan sesuatu hubungan . Kita kenalah mendorong orang yang kita sayang itu kearah kebaikan kan ? Alhamdulillah , sehingga kini sorang demi sorang antara kami sudah bertudung . Yang tidak bertudung itu mungkin belum sampai masanya . Tapi sebagai sahabat aku sentiasa berdoa untuknya . Disebabkan faktor kedua lah wujud perasaan kasih & sayang antara kami ♥ Alhamdulillah hari demi hari , perasaan sayang itu semakin kuat ♥
kami memang mempunyai watak yang berbeza-beza . Namun disebabkan perbezaan itulah yang membuat kami saling melengkapi antara satu sama lain . Kesempurnaan tiada makna sekiranya tiada persefahaman . Biar berbeza tetapi ada persefahaman & saling melengkapi ♥
Alhamdulillah . mereka sentiasa ada disaat susah mahupun senang . Dan aku juga berharap bahawa aku juga ada saat mereka memerlukan . Pada saat hubungan kami semakin erat bagaikan adik beradik . Kami diuji dengan perpisahahan . 2014 , tahun yang paling ditakuti oleh kami . Kami sendiri tidak tahu pada tahun 2014 , adakah kami akan bersama seperti tahun ini . Sahabatku sekalian , percaya dengan ketentuan Allah . Tidak semestinya kita jauh , hubungan kita akan goyah . Aku sentiasa berdoa , biarlah kita semua dapat asrama yang kita apply . Persahabatan yang sejati , tidak akan terpisah disebabkan berjauhan . Percayalah . Once i said you're my bestfriends that i really need & i hope you stick with me till my last breath and hope so till jannah . Its mean I really mean it . Korang adalah hadiah daripada Allah yang tidak ternilai utk aku selain keluarga aku . Aku sayang sangat dekat korang . Sayang sangat . Percayalah , perpisahaan bukan pengakhiran utk hubungan kita . Seandainya kita berjauhan , aku akan sentiasa mendoakan korang & keluarga korang . Mohon kepada Allah biar kasih sayang antara kita tetap terjalin walaupun berjauhan . Dan aku sentiasa berdoa , biarlah korang yang menjadi sahabat aku yang terakhir ♥ Amin :)
Last word , Biar kita menjalinkan persahabatan kerana Allah . Semoga hubungan persahabatan kita sentiasa diredhai & diberkati . Dengan izinNya , kita akan menjadi sahabat sehingga ke SyurgaNya . Amin ♥
8's sentiasa dihati walaupun berjumpa dengan yang lain suatu hari nanti . Sesiapa pun tidak akan dapat menggantikan tempat korang dalam hati aku . ♥

Thursday 28 November 2013

Mereka ♥

Assalamualaikum , holla ♥
Nayli Izzannie Nizam ♥
Nurain Norzaid ♥
Siti Elina Mohd Shahrom ♥
Ain Farhana Mohd Fadzli ♥
Erny Insyirah Hashim ♥
Nurul Intan Nazirah Abd Latiff ♥
khairunisa Fauzi ♥

Inilah 8's ♡
Tak perlu cerita panjang lebar pasal mereka . Cukup hanya kami yang tahu ♥
Persahabatan kami semakin lama semakin erat . Semakin panjang usia persahabatan kami , kami diuji dengan pelbagai dugaan .Takpe , demi mencari restu Allah utk persahabatan kami . Aku sanggup . Persahabatan itu indah . Mereka hadir saat aku kehilangan sahabatku . Mereka bantu aku . Bagi aku semangat . Dalam saling memberi sokongan . Hubungan persahabatan itu terjalin dengan sendirinya . Perasaan kasih & sayang terhadap mereka membuak buak dalam diriku . Semoga perasaan kasih & syg terhadap mereka kekal sehingga kesyurgaNya ♥

Wednesday 27 November 2013

pembuka bicara

Assalamualaikum , hollaaaaaaaa ♥
Im back .
Persahabatan ? Apa itu persahabatan ? Sampai sekarang aku masih buntu mencari istilah persahabatan yang sebenar-benarnya . Apa yang aku tahu pasal persahabatan ialah sebuah hubungan yang sangat indah daripada segalanya . Setiap perhubungankan bermula daripada persahabatan sebab itulah persahabatan itu sangat indah . Tetapi persahabatan yang indah akan wujud apabila sahabat sejati yang menjalinkannya dengan penuh keikhlasan , kejujuran . Aku pernah terbaca dalam satu artikel dibuku Hidayah . Persahabatan boleh dikatakan banyak istilah . Aku lupa semua istilah itu , aku cuba utk ingat kembali kerana artikel itu sangat menarik untuk dikongsikan .
Semua org didalam dunia ini , ada kawan right ? Tanpa membaca sebarang artikel tentang perbezaan antara kawan & sahabat kita sudah ketahui perbezaannya . Kawan biar beribu sahabat biar satu . Kawan ? Dia ada waktu kita senang tetapi belum tentu ada saat kita susah . Berbeza dengan sahabat . Sahabat sejati akan sentiasa disisi kita dalam keadaan apa pun jua yang paling penting sahabat sejati yang akan sentiasa mendoakan kesejahteraan sahabatnya serta seluruh ahli keluarganya .
Istilah persahabatan bagi aku ? Bagi aku simple je , cukup sekadar kau memahami antara satu sama lain & mempunyai semangat setia kawan yang tinggi . Dan yang paling penting sentiasa ada sisi sahabatnya walau dalam keadaan apa pun , menyayangi dengan ikhlas , jujur & dalam persahabatan tiada istilah rahsia dan juga maaf . Nak jadi sahabat sejati bukan sesuatu perkara yang mudah . Tetapi untuk cuba menjadi sahabat sejati adalah mudah . Caranya ialah kita sentiasa berdoa kepada Allah , agar meredhai & merestui persahabatan yang dijalinkan , kuatkan perasaan kasih sayang terhadap persahabatan & sahabat , hindarkan daripada perasaan iri hati terhadap sahabat serta minta Allah petunjuk bahawa si dia yang kita anggap sahabat sejati itu adalah sahabat sejati yang sebenar
-benarnya .
Menjalin hubungan persahabatan biar kerana Allah . Terima kasih kepadanya kerana pinjamkan kita perasaan kasih sayang yang kuat untuk sahabat kita . Tanpa keizinan & rahmatnya kita takkan dapat menjalinkan persahabatan yang indah . Insha Allah , aku sentiasa berdoa kepada Allah , biarlah sahabat sahabatku aku yang kini menjadi sahabatku untuk esok , lusa dan selamanya lamanya bahkan merekalah yang menjadi pendampingku kesyurgaNya selain keluargaku . Amin♥