Wednesday 27 November 2013

pembuka bicara

Assalamualaikum , hollaaaaaaaa ♥
Im back .
Persahabatan ? Apa itu persahabatan ? Sampai sekarang aku masih buntu mencari istilah persahabatan yang sebenar-benarnya . Apa yang aku tahu pasal persahabatan ialah sebuah hubungan yang sangat indah daripada segalanya . Setiap perhubungankan bermula daripada persahabatan sebab itulah persahabatan itu sangat indah . Tetapi persahabatan yang indah akan wujud apabila sahabat sejati yang menjalinkannya dengan penuh keikhlasan , kejujuran . Aku pernah terbaca dalam satu artikel dibuku Hidayah . Persahabatan boleh dikatakan banyak istilah . Aku lupa semua istilah itu , aku cuba utk ingat kembali kerana artikel itu sangat menarik untuk dikongsikan .
Semua org didalam dunia ini , ada kawan right ? Tanpa membaca sebarang artikel tentang perbezaan antara kawan & sahabat kita sudah ketahui perbezaannya . Kawan biar beribu sahabat biar satu . Kawan ? Dia ada waktu kita senang tetapi belum tentu ada saat kita susah . Berbeza dengan sahabat . Sahabat sejati akan sentiasa disisi kita dalam keadaan apa pun jua yang paling penting sahabat sejati yang akan sentiasa mendoakan kesejahteraan sahabatnya serta seluruh ahli keluarganya .
Istilah persahabatan bagi aku ? Bagi aku simple je , cukup sekadar kau memahami antara satu sama lain & mempunyai semangat setia kawan yang tinggi . Dan yang paling penting sentiasa ada sisi sahabatnya walau dalam keadaan apa pun , menyayangi dengan ikhlas , jujur & dalam persahabatan tiada istilah rahsia dan juga maaf . Nak jadi sahabat sejati bukan sesuatu perkara yang mudah . Tetapi untuk cuba menjadi sahabat sejati adalah mudah . Caranya ialah kita sentiasa berdoa kepada Allah , agar meredhai & merestui persahabatan yang dijalinkan , kuatkan perasaan kasih sayang terhadap persahabatan & sahabat , hindarkan daripada perasaan iri hati terhadap sahabat serta minta Allah petunjuk bahawa si dia yang kita anggap sahabat sejati itu adalah sahabat sejati yang sebenar
-benarnya .
Menjalin hubungan persahabatan biar kerana Allah . Terima kasih kepadanya kerana pinjamkan kita perasaan kasih sayang yang kuat untuk sahabat kita . Tanpa keizinan & rahmatnya kita takkan dapat menjalinkan persahabatan yang indah . Insha Allah , aku sentiasa berdoa kepada Allah , biarlah sahabat sahabatku aku yang kini menjadi sahabatku untuk esok , lusa dan selamanya lamanya bahkan merekalah yang menjadi pendampingku kesyurgaNya selain keluargaku . Amin♥